Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan
ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia
mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak
purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah
begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih
futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar
dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains
dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer
berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi,
artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan
sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta
maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab
tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan
futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur,
tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.
Sehinggalah
kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan
dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut
adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah
dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:
Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan
kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu
objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder
tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah
liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter
lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata
berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000
hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak
langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali
dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga
secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000
tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael
Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan
hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.
Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui
artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut.
Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan
didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan
bintang dan planet.
Reaktor nuklear berusia dua juta tahun. Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat
mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan
kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah
reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan
persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai
teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber
tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.
Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut
ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian
kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta
dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.
Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah
lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan.
Jantung buatan Di dada kiri mumia
anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung
buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung
buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu
memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun
lalu.
Robot Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu
(976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng
menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme
mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia,
membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti
tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada
zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi
untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.
Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos,
Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun
ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar
berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan
pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun
di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat
terbang modern ditemu,